10–38
w AMARAN
• Jangan bergantung kepada fungsi
Kawalan Injak Pincang Tugas
kerana ia tidak mengelakkan
perlanggaran. Apabila memulakan
kenderaan, periksa kedudukan tuil
anjak dan kawasan persekitaran.
Kebergantungan yang berlebihan
boleh membawa kepada
kemalangan yang tidak dijangka,
yang boleh membawa kepada
kecederaan serius atau dalam kes
paling teruk, kematian.
• Fungsi Kawalan Injak Pincang Tugas
tidak membuatkan kenderaan
berhenti.
• Fungsi Kawalan Injak Pincang
Tugas tidak menyekat pecutan
dalam semua keadaan.
• Fungsi Kawalan Injak Pincang
Tugas hanya akan beroperasi
apabila halangan di cam oleh
kamera stereo.
• Jangan memijak injak pemecut
secara berlebihan dengan
sengaja berhampiran halangan.
Kebergantungan kepada fungsi
ini untuk mengubah pecutan
boleh menyebabkan berlakunya
perlanggaran.
• Jika kenderaan terhenti di landasan
keretapi, fungsi Kawalan Injak
Pincang Tugas akan beroperasi
apabila kamera stereo mengecam
palang sebagai halangan. Jangan
panik dan terus menekan pedal
pemecut ketika melepasi palang
atau menutup fungsi ASA. (Lihat
“suis ASA OFF” di seksyen 4)
• Apabila pemandu menggerakkan
stereng, sistem menilai bahawa
pemandu sedang mengelak
perlanggaran bergantung kepada
operasi dan sistem ini mungkin
tidak berfungsi pada beberapa
keadaan.
• Fungsi Kawalan Injak Pincang
Tugas tidak akan beroperasi
apabila fungsi TRC atau VSC &
TRC dimatikan.
• Operasi ini akan terbatal apabila
injak pemecut dipijak lebih dari
8 saat semasa keluaran enjin
dikawal. Jika anda memijak injak
pemecut sepenuhnya dengan
pantas lebih dari 3 kali, fungsi
Kawalan Injak Pincang Tugas tidak
akan beroperasi.
Apabila semua keadaan berikut dipenuhi,
kawalan ini akan beroperasi.
• Enjin dalam keadaan ON.
• Injak brek tidak di tekan.
• Kelajuan kenderaan adalah kira-kira
0 ~ 10 km/j.
• Isyarat belok pada keadaan OFF.
• Lampu penunjuk VSC OFF dan TRC OFF
berada pada keadaan OFF.
• Posisi anjakan berada julat hadapan (D4,
3, 2).
Sect 10_BM D42L.indd 38 21/11/2019 11:19 AM