EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 232

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
12–1
Pembersihan bahagian luar
Mencuci
PERINGATAN
Berhati-hati agar sistem elektrik di
ruang enjin tidak terkena air. Ini boleh
menyebabkan litar pintas.
Ikutilah arahan-arahan mengenai bahan
cuci.
Penggunaan larutan beracun atau
gasolin tidak dicadangkan untuk
melindungi kemasan cat.
Jangan gunakan air panas ke atas
kenderaan. Ini boleh merosakkan
kemasan cat. Juga, jangan lap kotoran
atau habuk sekiranya permukaan badan
kenderaan kering.
Apabila mencuci kenderaan menggunakan
mesin pencuci automatik
PERINGATAN
Laraskan tuil kemasukan udara atau
hidupkan suis penghawa dingin kepada
“pengedaran udara”. Jika tidak, air akan
mengalir masuk ke dalam kenderaan
dan menyebabkan kerosakan.
Rapatkan cermin sisi. Cuci kenderaan
dari bahagian hadapan. Pastikan
cermin sisi dibuka sebelum memulakan
pemanduan.
1. Letakkan kenderaan jauh daripada
pancaran terus matahari dan di kawasan
yang banyak udara. Matikan enjin.
2. Sementara meratakan air, cuci per mukaan
kereta dengan berus pencuci kereta.
Gunakan bahan pencuci kereta atau
bahan cuci neutral, sekiranya perlu.
3. Gunakan air bertekanan pada bahagian
badan bawah kenderaan.
4. Bilas permukaan dengan baik sehingga
tiada lagi bahan cuci yang tertinggal.
5. Keringkan air dengan span atau chamois.
6. Keringkan sistem brek.
w AMARAN
Jauhkan kanak-kanak daripada
cecair pencuci.
Apabila mencuci di bawah badan
dan suspensi kenderaan, pastikan
anda memakai sarung tangan getah
dan baju tangan panjang. Berhati-
hati agar anda tidak terluka atau
tercedera.
Berus boleh menyebabkan calar pada
kenderaan dan mengurangkan kilatan
cat atau mempercepatkan cat menjadi
pudar.
Apabila mencuci kenderaan menggunakan
mesin pencuci bertekanan tinggi
PERINGATAN
Air akan mengalir masuk ke dalam
kenderaan sekiranya muncung
pemancut dihalakan pada ruang yang
terbuka seperti tingkap atau sekeliling
pintu. Jangan hala muncung pemancut
terlalu rapat ke bahagian ini.
Sect 12_BM D42L.indd 1 24/10/2019 4:39 PM

Table of Contents

Related product manuals