12–2
Pembersihan bahagian dalam
Bersihkan bahagian dalam dengan
pembersih vakum.
Untuk membersih bahan kulit, plastik,
dan bahan jenis kain, (contohnya panel
kawalan penyaman udara, panel audio,
panel peralatan, panel konsol, suis, dan
sebagainya) Gunakan kain lembap bersama
cecair sabun lembut dan air suam.
Setelah dibersihkan , lap keseluruhan sabun
yang tertinggal menggunakan kain lembut
dan air.
PERINGATAN
Gasolin atau larutan toksid yang kuat tidak
disarankan.
Ia boleh merosakkan material.
PERHATIAN
• Jangan gunakan bahan organik
(pelarut, minyak tanah, petrol, dll.),
larutan alkali atau asid. Bahan kimia ini
boleh menyebabkan pemudaran warna,
karat atau menanggalkan permukaan.
• Jika anda menggunakan bahan
pembersih atau pengilat, Pastikan
bahan kandungannya tidak termasuk
bahan yang disebutkan di atas.
Kenderaan yang digilap lilin secara kerap
boleh mengekalkan kemasan cat.
Cuci dan keringkan kenderaan anda sebelum
mengilap lilin.
Sekiranya kemasan cat adalah panas,
alihkan kenderaan ke kawasan redup dan
biarkan permukaan menjadi sejuk sebelum
mengilap lilin.
PERINGATAN
Untuk melindungi kemasan cat;
• Jangan menggosok permukaan dengan
kuat atau menggosok dengan kain
kasar.
• Jangan menggunakan bahan pencuci
kakis atau sabut besi.
• Ikutilah arahan-arahan mengenai
pengilap berlilin.
Pengilap berlilin
• Jika anda menggunakan cecair
penyegar kereta, jangan tumpahkannya
ke permukaan dan bahagian dalam
kenderaan anda. Ia mungkin
mengandungi bahan yang disebutkan
di atas. Segera bersihkan tumpahan
menggunakan kaedah yang disebutkan
di atas.
• Semasa mengeringkan bahagian yang
telah dibersihkan, elakkan pancaran
cahaya matahari secara terus. Biarkan
ia kering di tempat yang berudara, teduh
dan bebas habuk. Sekiranya tidak,
bahan tersebut akan rosak dengan
cepat.
Sect 12_BM D42L.indd 2 24/10/2019 4:39 PM