EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 234

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
12–3
Pastikan garaj anda sentiasa kering
Kelembapan membahayakan kenderaan
anda terutama jika melebihi 0°C. Oleh itu,
jangan letak kenderaan anda di kawasan
yang kurang udara dengan kelembapan
yang tinggi.
Jangan mencuci kenderaan anda di dalam
garaj atau menyimpan kenderaan anda dalam
keadaan yang basah.
Pastikan kemasan cat dalam keadaan
yang baik;
Sebarang calar atau serpihan pada kemasan
cat harus diperkemaskan secepat mungkin.
Sebarang besi yang terdedah harus dibaiki di
kedai pembaikan badan yang berkelayakan
atau di Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
Langkah-langkah untuk mengelakkan
karat
Pastikan Perodua anda sentiasa bersih;
Sekiranya anda tinggal di kawasan di mana
pembentukan karat mudah berlaku, seperti
berhampiran pantai atau dimana pencemar
industri tersebar, maka berhati-hatilah
dengan pembentukan karat.
Kami cadangkan supaya anda mencuci
bahagian bawah kenderaan anda sekurang-
kurangnya sekali dalam sebulan.
Bersihkan adang-adang dan bahagian-
bahagian lain yang tersorok.
Cucikan lumpur dengan baik kerana lumpur
basah boleh menggalakkan pembentukan
karat.
Apabila membersihkan bahagian bawah
pintu, panel jumpelang, anggota-anggota
kerangka dan sebagainya, pastikan lubang
salir air tidak tersumbat.
Mengelakkan karat
Kami di Perodua mengeluarkan kenderaan
berkualiti tinggi dengan reka bentuk dan
pembinaan sistem mengelakkan karat yang
maju.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah
sebahagian daripada keseluruhan program
mengelakkan karat. Untuk mengekalkan
kualiti pencegahan karat yang baik untuk
jangkamasa yang lama, adalah penting bagi
anda untuk memainkan peranan anda.
w AMARAN
Jangan mengecat komponen sistem
ekzos anda dengan bahan-bahan
tambahan untuk mengelakkan
proses karat. Ini boleh menyebabkan
pemanasan lampau dan kebakaran.
Sebab-sebab pembentukan karat
Perkara-perkara berikut adalah sebab-sebab
biasa berlakunya proses karat:
Udara masin dan air masin.
Kotoran dan air.
Serpihan, kelar, calar dan kemik yang
mendedahkan besi bahagian dalam.
Bahan-bahan kimia dan bahan-bahan
pencemar industri.
Sect 12_BM D42L.indd 3 24/10/2019 4:39 PM

Table of Contents

Related product manuals