EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 28

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
2–7
Membuka kunci 2
(i) Membuka pintu pemandu (tekan kali
pertama)
Tekan butang 2 sekali.
Anda boleh pastikan bahawa pintu telah
dibuka kunci apabila lampu isyarat
kecemasan berkelip dua kali, hon
berbunyi dua kali dan lampu dalam terus
menyala selama 15 saat.
(ii) Untuk membuka semua pintu (tekan kali
kedua)
Selepas menekan butang 2 sekali, tekan
butang sekali lagi dalam tempoh 5 saat.
Anda boleh pastikan bahawa pintu telah
dibuka kunci apabila lampu isyarat
kecemasan berkelip dua kali, hon
berbunyi dua kali dan lampu dalam terus
menyala selama 15 saat.
Sekiranya pintu tidak dikunci lebih kurang
30 saat apabila dibuka kunci,semua pintu
akan terkunci secara automatik.
Membuka but 3
Tekan butang 3 melebihi 1 saat untuk
membuka but.
Hon akan berbunyi.
PERINGATAN
1. Terdapat kes di mana transmitter tidak
berfungsi dengan baik apabila anda
berada lebih 10 meter dari kenderaan
anda.
2. Terdapat kes di mana transmitter tidak
berfungsi dengan baik, bergantung
kepada keadaan persekitaran
antaranya apabila terdapat alat-alat
yang memancarkan gelombang elektrik
yang kuat seperti stesen janakuasa,
wayar bervoltan tinggi, sistem penyiaran
dan menara televisyen.
3. Transmitter mempunyai komponen
elektronik yang bersepadu. Oleh itu,
pastikan anda memberi perhatian
kepada perkara-perkara yang berikut.
Kegagalan untuk berbuat demikian
boleh menyebabkan ia tidak berfungsi
dengan baik.
Jangan memberi sebarang tekanan atau
ketukan yang kuat kepada transmitter.
Jangan meninggalkan transmitter di
bawah pancaran matahari yang terik
atau pada suhu tinggi.
Jangan biarkan transmitter dimasuki
air.
Butang kecemasan 4
(Sekiranya dilengkapi)
Apabila butang 4 pada jenis 2 ditekan
melebihi 1 saat atau butang 1 pada
jenis 1 ditekan melebihi 3 saat, hon akan
berbunyi, lampu dalam akan menyala, lampu
kecemasan akan berkelip dan penunjuk
keselamatan akan menyala.
Untuk mematikan, tekan butang 1, 2 atau 4.
Hon akan berbunyi selama 45 saat sekiranya
butang 1, 2 atau 4 tidak ditekan.
Sect 02_BM D42L.indd 7 31/10/2019 5:41 PM

Table of Contents

Related product manuals