2–8
• Apabila anda meninggalkan
kenderaan, pastikan ianya telah dikunci
kemas dengan menarik pemegang pintu
menggunakan tangan anda.
• Apabila anak kunci masih berada
di dalam silinder suis penghidup,
transmitter tidak boleh beroperasi bagi
mengingatkan anda bahawa anak kunci
masih berada di dalam silinder suis
penghidup.
• Jika tiada sebarang pintu dibuka dalam
masa 30 saat selepas transmitter
menghantar isyarat membuka kunci,
semua pintu akan dikunci semula.
Kawalan penggera keselamatan
Set/nyahset penggera menggunakan
transmitter. Penggera akan berfungsi
apabila salah satu pintu atau hud dibuka
tanpa menggunakan transmitter.
Penggera:
Bunyi hon dan lampu kecemasan berkelip
selama 30 saat. Bunyi hon akan berhenti
selepas 30 saat.
Untuk mematikan penggera
• Semua pintu termasuk hud dan but
tertutup atau
• Tekan butang “Kunci atau Buka” pada
transmitter atau
• Masukkan kunci ke dalam suis penghidup
dan setkan ke kedudukan “ON”.
(Lihat “Penggera kereta/kunci pusat” di
Seksyen 15).
Menggantikan bateri
Bateri di dalam transmitter mempunyai jangka
hayat lebih kurang 2 tahun dengan jangkaan
bahawa operasi mengunci dan membuka
kunci dilakukan dalam 10 kali sehari.
(Walau bagaimanapun, terdapat kes di mana
jangka hayat untuk transmitter bateri mungkin
berkurangan bagi kenderaan baru).
Apabila operasi tidak stabil atau operasi tidak
boleh dijalankan lagi, besar kemungkinan
bateri telah habis.
Ganti bateri atau rujuk Pusat Servis Perodua
yang berdaftar.
(Lihat “Lampu amaran” di Seksyen 5)
(Lihat “Menggantikan bateri dalam transmitter”
di Seksyen 15).
Sect 02_BM D42L.indd 8 31/10/2019 5:41 PM