16–1
Penderia undur
Rujuk kepada zon
pengesan
Zon pengesan
a) 1.15 meter hingga 0.8 meter ! bunyi buzer
(5 bip/s)
b) 0.8 meter hingga 0.5 meter ! bunyi buzer
(8 bip/s)
c) 0.5 meter hingga 0.1 meter ! bunyi buzer
berterusan
Anda harus mengurangkan kelajuan
kenderaan anda dan berhati-hati dengan
halangan di belakang. Apabila bunyi
bip berubah daripada berulang-ulang
kepada berterusan, jarak di antara bampar
belakang kenderaan anda dengan objek
terdekat di belakang kenderaan anda ialah
kurang daripada 0.5 meter. Anda harus
menghentikan kenderaan anda serta-merta.
Penderia undur ini direka bentuk untuk
memberi panduan kepada pemandu semasa
mengundurkan kenderaan dan meletakan
kenderaan secara mengundur. Ia tidak harus
dianggap sebagai peranti keselamatan.
Peranti ini akan mula beroperasi 0.8 saat
selepas pemandu memasukkan gear undur
(dengan enjin dihidupkan).
Apabila peranti ini mula mengeluarkan bunyi
bip berulang-ulang yang perlahan, jarak di
antara bampar belakang kenderaan anda
dengan halangan terdekat di belakang
kenderaan anda ialah:
Penderia sisi hadapan
(Sekiranya dilengkapi)
Kedudukan penderia
sisi hadapan
Penderia sisi hadapan ini akan membantu
pemandu untuk meletakkan kenderaan
secara menegak hadapan atau sisi di
kawasan yang sempit. Peranti ini akan
memberi panduan anggaran jarak diantara
kenderaan dan halangan semasa meletak
kenderaan.
Peranti sisi hadapan berfungsi apabila suis
penghidup berada pada kedudukan “ON”,
suis penderia sisi hadapan dihidupkan dan
kelajuan kenderaan kurang daripada 10 km/j.
Sect 16_BM D42L.indd 1 24/10/2019 4:40 PM