16–2
PERINGATAN
• Kawasan pengesan untuk sistem
ini bergantung kepada keadaan dan
persekitaran kenderaan. Kemungkinan
sistem ini gagal mengesan kerana situasi
di atas patut dipertimbangkan.
• Sekiranya penderia mengalami satu
pelanggaran yang kuat kemungkinan
penderia tidak dapat berfungsi dengan
baik.
• Objek yang terletak terlalu hampir pada
pertengahan sebelah atas bumpar dan
berhampiran penutup tayar juga sukar
dikesan penderia.
• Kehadiran debu atau lumpur sekitar
penderia juga boleh menyebabkan
fungsi tidak normal pada penderia dan
kegagalan penderia untuk mengesan
objek.
• Jika objek nipis dan rata, penderia
mungkin dapat mengesan objek itu buat
kali pertama. Kemungkinan penderia
tidak dapat mengesan objek yang sama
buat kali kedua.
• Bergantung kepada keadaan jalan
seperti berlubang, berbonggol,
berpasir, berbukit, bertebing dan
kawasan semak, sistem ini bertoleransi
untuk berfungsi.
WARNING
1. Penderia berfungsi sebagai alat
bantuan pemandu. Ia bukan pengganti
kepada tugas pemandu semasa
mengawal kenderaan.
2. Periksa penderia dan elakkan daripada
sebarang kekotoran atau lumpur.
Peranti ini perlu bersih bagi memastikan
ia dapat berfungsi dengan baik.
Tekan suis penderia suis hadapan untuk
mengaktifkan sistem.
(Lihat “suis penderia suis hadapan” di
Seksyen 4)
Apabila peranti menghampiri halangan, anda
akan mendengar bunyi bip seperti yang
ditunjukkan di bawah:
Pengesanan jarak
a) 0.6 meter (pengesanan pertama) bunyi
buzer (3 bip/s)
b) 0.3 meter (pengesanan kedua) bunyi
bip berterusan.
Apabila pengesanan jarak kurang
daripada 0.3 meter, bunyi bip berterusan
akan kedengaran. Anda perlu segera
menghentikan kenderaan anda.
Semua halangan tidak selalunya dapat
dikesan. Ia adalah tanggungjawab pemandu
untuk sentiasa memeriksa kawasan
berhampiran kenderaan dan pastikan ia
adalah selamat untuk meletak kenderaan.
PERHATIAN
Penderia akan secara automatik “cut-off”
apabila kelajuan melebihi 10 km/j.
Sect 16_BM D42L.indd 2 24/10/2019 4:40 PM