EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 62

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–23
w AMARAN
Sentiasa pastikan tali pinggang
keledar bahu dalam kedudukan
melintang pada bahagian tengah
dada kanak-kanak.Pastikan tali
pinggang keledar tidak terkeluar
daripada bahu kanak-kanak dan
elakkan ia daripada merintangi
leher kanak-kanak. Kegagalan
untuk berbuat sedemikian boleh
mengurangkan keupayaannya
untuk memberi perlindungan dan
menyebabkan kecederaan yang
serius dan kematian sekiranya
kenderaan berhenti mengejut atau
berlakunya kemalangan.
Kedudukan tali pinggang keledar
yang terlalu tinggi dan longgar
pada riba boleh mengakibatkan
kecederaan yang serius kerana
anda boleh menggelongsor di
bawah tali pinggang keledar
semasa berlaku perlanggaran.
Pasangkan tali pinggang keledar
serendahnya di bahagian pinggul
kanak-kanak.
Untuk keselamatan kanak-kanak,
jangan biarkan tali pinggang
keledar di bahu berada di bawah
lengan kanak-kanak.
Selepas memasukkan plat lidah,
pastikan plat lidah dan kancing
terkunci.
Pastikan tali pinggang keledar tidak
terlipat.
Jangan masukkan duit syiling, klip
dan lain-lain ke dalam kancing
kerana ini boleh menyebabkan plat
lidah dan kancing tidak terkunci
dengan kemas.
Sekiranya tali pinggang keledar
tidak dipasang dengan kemas, ia
tidak dapat melindungi anda dari
kecederaan. Hubungi Pusat Servis
Perodua yang berdaftar dengan
segera.
Jangan gunakan sistem penahan
kanak-kanak sekiranya tali
pinggang keledar tidak dipasang
dengan kemas.
Tali atas
Sekiranya sistem penahan kanak-kanak
anda mempunyai tali atas, ia sepatutnya di
sambungkan.
Patuhi langkah-langkah di bawah bagi
keperluan sistem penahan kanak-kanak yang
menggunakan tali atas.
Menggunakan tali atas
Sect 03_BM D42L.indd 23 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals