3–24
Kedudukan penambat
(top-tether anchors)
Gunakan penambat (top-tether anchors)
seperti yang ditunjukkan pada rajah bagi
menyambung tali atas.
Penambat (top-tether anchors) dipasang
pada setiap bahagian tempat duduk
belakang.
Simbol menunjukkan kedudukan penambat
(top-tether anchors) yang sedia digunakan.
1. Pasang tali pinggang keledar pada sistem
penahan kanak-kanak dengan kemas.
2. Letakkan tali atas terus ke bahagian
belakang tempat duduk.
3. Buka penutup penambat, Sambung
penyangkuk ke penambat (top-tether
anchors) dan ketatkan tali atas. Pastikan
tali atas disambung dengan kemas.
4. Bagi tempat duduk belakang yang
dilengkapi penyandar kepala, laraskan
penyandar kepala pada kedudukan
paling atas dan letakkan tali atas melalui
tiang penyandar kepala terus ke bahagian
belakang tempat duduk.
Bagi mengetahui cara pemasangan sistem
penahan kanak-kanak menggunakan tali
pinggang keledar, sila lihat "Sistem penahan
kanak-kanak".
Menggunakan penambat (top-tether
anchors)
Sect 03_BM D42L.indd 24 21/11/2019 11:02 AM