EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 69

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–30
9. Jangan benarkan kanak-kanak
berdiri di hadapan beg udara SRS
atau memangku kanak-kanak di
atas riba anda.
Rujuk "Arahan-arahan mengenai
tali pinggang keledar".
Untuk amaran yang lebih terperinci,
sila lihat PERHATIAN berikut.
PERHATIAN
1. Kegagalan anda memakai tali pinggang
keledar dengan baik mengakibatkan
kecederaan yang serius atau kematian
sekiranya berlaku kemalangan
walaupun kenderaan anda dilengkapi
dengan beg-beg udara SRS.
Sebab-sebabnya adalah:
Beg-beg udara hanyalah sebagai alat
penahan tambahan. Oleh itu, beg-beg
udara sahaja tidak dapat melindungi
anda sepenuhnya sekiranya berlaku
perlanggaran hadapan yang teruk.
Tambahan pula, beg-beg udara akan
serta-merta mengembung dan segera
mengempis. Dengan itu, ia tidak dapat
melindungi anda daripada hentaman
seterusnya selepas beg-beg udara itu
mengempis.
Keberkesanan beg-beg udara SRS
akan berkurangan atau apabila berlaku
kecederaan yang serius kepada
anggota badan jika anda tidak memakai
tali pinggang keledar dengan kemas
atau tidak duduk dengan betul.
Beg-beg udara SRS bukan sahaja
gagal mengurangkan hentaman tetapi
operasinya juga boleh mengakibatkan
kecederaan kepada anda disebabkan
jarak yang rapat di antara roda stereng,
panel peralatan dan badan anda.
Apabila lampu amaran menyala atau
berkelip, kemungkinan beg-beg udara
SRS tidak akan beroperasi walaupun
kenderaan anda terlibat dalam satu
perlanggaran hadapan yang teruk.
Beg-beg udara SRS hanya beroperasi
dalam perlanggaran hadapan yang
teruk. Oleh itu, kemungkinan beg-beg
udara SRS tidak beroperasi apabila
hentaman paras rendah berlaku pada
penderia unit kawalan, contohnya
seperti kes berikut:
Perlanggaran dari hadapan ke
tembok konkrit dengan kelajuan
kurang dari 25 km/j;
Sect 03_BM D42L.indd 30 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals