3–31
• Apabila kenderaan anda menjunam
ke bawah lantai lori besar;
• Apabila kenderaan anda menerima
hentaman dari sisi atau belakang;
• Apabila kenderaan anda berlanggar
dengan tiang elektrik dan
sebagainya;
• Apabila kenderaan anda terbalik
ke sisi atau terbalik dalam keadaan
keempat-empat tayar ke atas.
2. Jangan sandar pada roda stereng atau
panel peralatan (unit beg udara) semasa
memandu. Ia boleh mengakibatkan
kecederaan anggota badan yang serius
akibat pengembungan beg-beg udara
apabila berlaku perlanggaran hadapan
yang teruk.
3. Beg-beg udara SRS akan beroperasi
sekiranya suis pencucuh berada
pada kedudukan “ON”. Beg-beg udara
SRS tidak akan beroperasi walaupun
kenderaan anda terlibat dalam satu
perlanggaran dengan kenderaan lain
ataupun objek sekiranya suis pencucuh
berada pada kedudukan “LOCK”/ “OFF”
atau “ACC”.
4. Sekiranya anda meletak sebarang
objek di antara pemandu / penumpang
hadapan dengan roda stereng / panel
peralatan, ia boleh mengakibatkan
kecederaan yang serius akibat operasi
beg udara yang tidak normal apabila
berlaku perlanggaran hadapan yang
teruk.
5. Jika anda memegang bahagian pad
roda stereng / panel peralatan, ia boleh
menyebabkan kecederaan yang serius
disebabkan operasi beg udara apabila
berlaku perlanggaran hadapan yang
teruk.
Sect 03_BM D42L.indd 31 21/11/2019 11:02 AM