3–39
Amaran keselamatan penting
AG
1. Jangan membasuh bahagian dalaman
kenderaan dengan air atau sabun
pencuci.
Penjana gas bagi beg udara SRS
mengandungi bahan beracun atau bahan
mudah terbakar.
Oleh itu, besar kemungkinan kandungan
penjana gas akan bertukar kepada gas
beracun atau bahan letupan jika tersentuh
asid, air atau logam.
Jika gas dihasilkan dari penjana gas, buka
tingkap dengan segera dan sedut udara
segar. Kemudian, gantikan beg udara SRS
di Pusat Servis Perodua yang berdaftar
dengan segera.
SRS AIRBAG
2. Beg udara SRS tidak akan beroperasi
dengan baik sekiranya anda merosakkan
penutup beg udara SRS.
Oleh itu, berhati-hatilah supaya anda tidak
membuka atau merosakkan penutup beg
udara berkenaan.
3. Jangan meletak penampal, pelekat dan
sebagainya di atas pad hon pada roda
stereng/panel peralatan.
Jika amaran ini tidak dipatuhi, ia boleh
menyebabkan beg udara sukar untuk
mengembung.
4. Jangan melekat atau memasang penutup,
aksesori dan sebagainya di atas pad
hon roda stereng. Beg udara disimpan
di dalam pad hon.
Oleh itu, apabila beg udara SRS
mengembung, aksesori berkenaan akan
bertaburan di dalam kenderaan dan boleh
mengakibatkan kecederaan kepada
penumpang.
Sect 03_BM D42L.indd 39 21/11/2019 11:02 AM