3–40
5. Jangan letakkan sebarang artikel pada
panel peralatan. Juga, jangan letakkan
artikel yang dikeluarkan dari poket panel
peralatan.
Sekiranya amaran ini tidak dipatuhi, ia
boleh menyebabkan beg udara sukar
untuk mengembung atau menyebabkan
artikel bertaburan di dalam kenderaan
apabila beg udara mengembung dan
boleh mengakibatkan kecederaan
kepada penumpang.
6. Jangan letakkan aksesori pada cermin
tingkap atau cermin dalam.
Apabila beg udara mengembung,
aksesori ini mungkin bertaburan di dalam
kenderaan dan boleh mengakibatkan
kecederaan kepada penumpang.
7. Jangan sandarkan payung dan
sebagainya pada panel peralatan.
Ia boleh mencederakan penumpang
sekiranya beg udara mengembung.
8. Jangan menghentam roda stereng dan
panel peralatan atau bahagian yang
berkaitan dengan kuat. Jika amaran ini
tidak dipatuhi ia boleh menyebabkan
beg udara mengembung secara tidak
sengaja.
9. Jika anda meminta sebarang pembaikan
atau servis, pastikan anda memberitahu
pusat servis bahawa kenderaan anda
dilengkapi dengan beg udara.
Kegagalan anda untuk mematuhi arahan,
peringatan dan amaran yang diterangkan
di dalam buku panduan servis berkaitan
oleh Perodua mungkin mengakibatkan
kecederaan yang serius, kematian atau
kerosakan pada sistem.
10. Sila ambil perhatian bahawa kenderaan
anda dilengkapi dengan beg udara.
Apabila anda ingin menjual kenderaan
anda, maklumkan kepada pembeli
tentang beg udara berkenaan.
11. Jangan gunakan beg udara bagi tujuan
lain. Ianya direka hanya untuk kegunaan
SRS (Sistem Perlindungan Tambahan).
Sect 03_BM D42L.indd 40 21/11/2019 11:02 AM