• Mod pembukaan kunci pintu pemandu akan
dinyahaktifkan dan sistem akan mengaktifkan
semula mod penguncian pintu berpusat
Penguncian semula secara automatik
Fungsi ini akan aktif secara automatik hanya
berdasarkan keadaan berikut.
Semasa kenderaan ini berada dalam mod
penggera aktif;
Apabila anda menekan butang 'LOCK'
pada alat kawalan jauh
TETAPI Tiada pintu / bonet hadapan / bonet
belakang dibuka dalam masa 30 saat
• Semua pintu akan dikunci secara
automatik
• Sistem akan mengunci semula (sistem
penggera menjadi aktif)
• Cermin sisi pada pintu akan dilipat tutup
secara automatik.
Pintu-pintu / bonet belakang / bonet hadapan
tidak tertutup rapat.
Fungsi ini akan aktif secara automatik hanya
berdasarkan keadaan berikut.
Apabila anda menekan butang 'LOCK'
pada alat kawalan jauh
TETAPI Mana-mana pintu / bonet belakang /
bonet hadapan tidak ditutup
Sistem ini akan mengingatkan anda seperti
berikut;
• Lampu penunjuk isyarat belok akan
menyala sebanyak 5 kali
•
Penunjuk LED pada paparan meter
akan menyala menunjukkan mana-mana
pintu, bonet hadapan atau bonet
belakang yang tidak tertutup rapat (dalam
masa 3 saat)
Hon akan berbunyi berterusan selama 30
saat.
Ciri-ciri tambahan
Mod mencari lokasi kenderaan *
Fungsi ini membantu pemilik untuk mencari
lokasi kenderaan ini.
Semasa kenderaan ini berada dalam mod
penggera aktif;
Tekan butang UNLOCK pada alat
kawalan jauh.
• Lampu-lampu penunjuk isyarat belok akan
berkelip sebanyak tiga kali.
* jika dipasang
33
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.