EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Kunci Penukar Gear

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Jangan memandu terlalu laju.
Sentiasa patuh pada had laju
mengikut had yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa tempatan.
Kunci Penukar Gear
OWN006START22001
Kunci Penukar Gear Auto (untuk
kenderaan AT)
Tuil penukar gear tidak boleh
digerakkan daripada posisi gear "P"
kepada posisi gear yang lain melainkan
suis pencucuh diletakkan pada posisi
ON.
AMARAN
Sentiasa tekan injak brek
sepenuhnya sebelum dan semasa
menukar gear daripada posisi gear
"P" (Park) kepada posisi gear yang
lain bagi mengelakkan kenderaan
bergerak dengan tidak sengaja dan
boleh mencederakan seseorang di
dalam atau di luar kenderaan.
Pelepas Kunci Tuil Penukar Gear
DOIUW006R22004
Dalam kes di mana tuil penukar gear
tidak boleh digerakkan daripada P
(Park). Oleh itu, lakukan langkah-
langkah yang berikut:
Tetapkan suis penghidup enjin pada
kedudukan ON. Bagi sesetengah varian,
suis pelepas kunci tuil penukar gear
mungkin tidak berfungsi apabila
penyalaan tidak dalam kedudukan ON.
1. Tekan ke bawah dan tahan suis
pelepas kunci tuil penukar gear
(seperti ditunjukkan dalam gambar)
2. Semasa menekan suis, tekan butang
pada tuil penukar dan alihkan tuil
gear keluar dari posisi P.
PERHATIAN
Bawa kenderaan anda untuk
pemeriksaan di pusat servis sah PROTON.
Kunci penukar gear *
Kunci penukar gear (GSL) adalah
mekanisma tambahan untuk mengunci
kenderaan yang dilengkapi dengan
butang start stop.
Kunci penukar gear ini diaktifkan
apabila tuil penukar gear pada posisi
P (Park).
Kunci penukar gear (GSL) Membuka
kunci
Apabila kenderaan di dalam mod sistem
penggera diaktifkan, mekanisma kunci
penukar gear (GSL) boleh membuka
kunci seperti yang terangkan di bawah:
Tekan butang UNLOCK pada alat
kawalan jauh, atau
Tekan butang sistem membuka pintu
tanpa menggunakan butang pada alat
kawalan jauh atau kunci pada
pemegang pintu luar pemandu, atau
Apabila kenderaan di dalam mod sistem
penggera dinyahaktifkan dan anda
berada di dalam kenderaan, jika
mekanisma kunci penukar gear (GSL)
terkunci, anda boleh membuka kunci
Kunci Penukar Gear ini apabila anda:
Tekan butang UNLOCK pada alat
kawalan jauh, atau
* jika dipasang
99
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents