prestasi yang ketara, tunda
kenderaan ini ke pusat servis sah
PROTON. Penggunaan kenderaan
dengan keadaan enjin yang
terlampau panas boleh merosakkan
penukar bermangkin maniverter
dan kenderaan ini.
PERINGATAN
(1) Jangan kendalikan kenderaan
di kawasan ada bahan yang
mudah terbakar. Seperti
contoh, rumput atau daun
kering yang bersentuhan
dengan ekzos panas boleh
menyebabkan kebakaran.
(2) Jangan cat bahagian penukar
bermangkin dengan cat
bahagian bawah kenderaan.
Maniverter boleh rosak jika penukar
bermangkin menjadi panas dengan
cepat. Ikuti langkah-langkah berikut
bagi mengelakkan pembakaran sisa
bahan api yang masih ada pada penukar
bermangkin.
1 - Hanya gunakan petrol jenis tidak
berplumbum.
2 - Jangan memandu dengan jumlah
bahan api yang terlalu rendah
dalam tangki bahan api. Jika bahan
api yang disalurkan ke enjin
terhenti, penukar bermangkin
boleh menjadi rosak.
3 - Jangan matikan enjin semasa
memandu.
4 - Jangan menolak kenderaan untuk
menghidupkan enjin. Sekiranya
kuasa bateri menjadi lemah atau
langsung kehabisan kuasa, gunakan
bateri lain untuk menghidupkan
enjin.
5 - Apabila enjin dihidupkan, jangan
tanggalkan palam pencucuh.
6 - Jangan biarkan enjin hidup untuk
jangka masa yang lama jika
terdapat masalah.
7 - Jangan tekan injak memecut
dengan kuat selepas mematikan
enjin . Bahan api yang masih ada
pada penukar bermangkin boleh
menyebabkan penukar bermangkin
menjadi rosak.
8 - Hentikan kenderaan ini jika
terdapat kemerosotan dari segi
prestasi atau kerosakan enjin. Jika
keadaan tidak mengizinkan untuk
kenderaan ini dihentikan,
kurangkan kelajuan sehingga ia
berhenti.
Hantar kenderaan anda ke pusat
servis sah PROTON yang terdekat
untuk diperiksa.
9 - Jika terdapat masalah enjin, bau
hangit menunjukkan penukar
bermangkin menjadi terlampau
panas. Hentikan kenderaan,
matikan enjin dan biarkan ia
menyejuk.
Apabila enjin telah menjadi sejuk,
bawa kenderaan ini ke pusat servis
sah PROTON dengan segera untuk
dibaiki dan diselenggara.
Memandu Dengan Sistem
Injak Memecut Berkawalan
Elektronik OWN006START16037
Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem
injak memecut yang dikawal secara
elektronik. Sistem ini menggantikan
sambungan mekanikal (seperti kabel
injak memecut) di antara injak memecut
dan enjin. Sistem kawalan enjin
menggunakan maklumat yang
dibekalkan oleh komponen-komponen
tertentu seperti posisi injak memecut
dan penggerak pendikit untuk
mengawal kelajuan enjin.
Sistem suntikan bahan api mengawal
sistem injak memecut bagi memastikan
keselamatan sistem, pemandu dan
penumpang.
Mod keselamatan
Jika terdapat kegagalan fungsi, mod
keselamatan akan diaktifkan.
Semasa mod keselamatan, lampu
penunjuk periksa enjin akan menyala
pada meter. Semua kuasa yang ada akan
berkurangan mengikut komponen yang
mengalami kerosakan. Injak memecut
boleh ditekan tetapi sistem kawalan
enjin mengawal kelajuan enjin dan
107
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.