EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Brek Meletak Kenderaan

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Tekan butang start stop untuk
menetapkan suis pencucuh ke posisi ON.
Kunci penukar gear (GSL) Mengunci
Apabila tuil penukar gear pada posisi
P (Park), tekan butang start stop
untuk menetapkan sistem ke posisi OFF.
Mekanisma kunci penukar gear akan
terkunci.
PERHATIAN
Menggunakan butang UNLOCK pada
alat kawalan jauh atau butang sistem
membuka pintu tanpa menggunakan
butang pada alat kawalan jauh pada
pemegang pintu luar pemandu untuk
menyahaktifkan sistem penggera,
mekanisma tuil penukar gear (GSL) akan
dibuka kunci.
Dalam keadaan ini, mekanisma kunci
penukar gear (GSL) akan terkunci
apabila anda :
Tekan butang membuka kunci pada
alat kawalan jauh, atau
Tekan butang sistem membuka pintu
tanpa menggunakan butang pada alat
kawalan jauh atau kunci pada
pemegang pintu luar pemandu, atau
Penguncian semula (jika tiada
pintu/bonet belakang dibuka dalam
masa 30 saat)
(2) Kunci penukar gear (GSL)
memberikan perlindungan kepada
kenderaan ini daripada kecurian. Jika
mekanisma kunci penukar gear (GSL) ini
rosak, tiada cara secara manual yang
boleh dilakukan untuk membuka
kuncinya. Hubungi pusat servis sah
PROTON untuk pemeriksaan.
Brek Meletak Kenderaan
OWN006START19004
Pengendalian brek meletak
kenderaan
Cara untuk menggunakan brek meletak
kenderaan
DOIRW006R14004
Untuk menggunakan brek meletak
kenderaan, tarik tuil brek meletak
kenderaan ke atas sepenuhnya.
Cara untuk melepaskan brek meletak
kenderaan
DOIRW006R14005
Untuk melepaskan brek meletak
kenderaan, tarik tuil brek meletak
kenderaan ke atas sebanyak satu takuk,
tekan dan tahan butang pada hujung
pemegangnya dan tolak tuil ke bawah.
PERINGATAN
Sebelum mula memandu, pastikan
brek meletak kenderaan dilepaskan
sepenuhnya dan lampu penunjuk
amaran brek tidak menyala.
Jangan memandu tanpa
melepaskan brek meletak
kenderaan kerana ini boleh
menyebabkan brek menjadi
terlampau panas, mengurangkan
prestasi daya membrek dan
kemungkinan berlakunya kegagalan
fungsi brek.
100
Permulaan dan Pemanduan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents