kelajuan maksima kenderaan. Bawa
kenderaan anda ke pusat servis sah
PROTON untuk pemeriksaan dengan
segera.
PERINGATAN
(1) Jangan pandu kenderaan
dalam mod keselamatan untuk
jangka masa yang lama
daripada yang sepatutnya.
Sebaik sahaja lampu penunjuk
periksa enjin dinyalakan,
pandu kenderaan anda ke
pusat sah servis PROTON yang
terdekat dengan segera.
(2) Apabila kenderaan berhenti,
jangan biarkan posisi gear
dalam gear ke hadapan atau
gear mengundur. Letakkan tuil
penukar gear pada posisi
neutral bagi mengelakkan
kemungkinan kerosakan pada
transmisi yang disebabkan oleh
bendalir transmisi menjadi
terlampau panas.
Cermin Pandang Belakang
OWN006START21040
DOICW006R7019
Gunakan tuil di bahagian bawah cermin
ini untuk menyelaraskan kedudukan
cermin bagi mengurangkan kesilauan
yang datang daripada lampu hadapan
kenderaan di belakang ketika memandu
di waktu malam.
1 - Normal
2 - Anti-kesilauan
AMARAN
(1) Jangan cuba untuk
menyelaraskan cermin
pandang belakang ini ketika
sedang memandu.
(2) Pastikan cermin ini dilaraskan
sebelum memulakan
perjalanan.
Cermin pandang sisi
OWN006START21041
Suis
DOIUW006R16009
A – Suis pemilih cermin pandang sisi kiri
atau kanan
B – Tuil untuk menyelaras posisi cermin
dalam 4 cara
Cara untuk menyelaras cermin
1. Letakkan suis penghidup enjin ke
posisi ON atau ACC.
2. Tekan tuil (A) untuk memilih cermin
pandang sisi pada bahagian pintu
yang mana.
PERHATIAN
• Posisi “L” – Untuk memilih
cermin pandang sisi bahagian
KIRI
108
Permulaan dan Pemanduan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.