5.
Kelajuan kenderaan
Kenderaan ini menggunakan bahan
api yang banyak pada kelajuan
yang tinggi. Jangan memandu
dengan kelajuan maksima.
6.
Tekanan angin tayar
Periksa tekanan tayar secara
berkala. Tayar yang kurang tekanan
udaranya boleh meninggikan
rintangan tayar dengan permukaan
jalan dan meninggikan
penggunaan bahan api. Tayar yang
kurang tekanan udaranya boleh
menyebabkan kehausan tayar dan
menyebabkan perubahan pada
kestabilan pemanduan.
7.
Bebanan
Jangan simpan objek yang tidak
diperlukan di dalam ruang
simpanan bagasi dan di atas
bumbung kenderaan. Apabila anda
memandu di dalam bandar yang di
mana perlu berhenti dengan kerap,
berat lebihan kenderaan ini
memberikan kesan yang ketara
kepada tahap penggunaan bahan
api. Rintangan angin yang tinggi
disebabkan oleh objek yang
diletakkan di atas bumbung
kenderaan juga akan meninggikan
tahap penggunaan bahan api.
8.
Menghidupkan enjin yang masih
sejuk
Kenderaan ini menggunakan lebih
banyak bahan api apabila anda
baru menghidupkan enjin yang
masih sejuk. Kenderaan ini
menggunakan lebih banyak bahan
api jika enjin yang panas dibiarkan
hidup dalam keadaan statik.
Sebaik-baiknya terus memandu
setelah enjin dihidupkan.
Suis Penghidup Enjin *
OWN006START16025
DOIAW006R3003
Cara untuk menghidupkan enjin
1 - Dalam keadaan enjin mati dan roda
stereng berada dalam posisi LOCK,
masukkan anak kunci ke dalam
lubang suis penghidup enjin.
2 - Apabila suis penghidup enjin
diletakkan di posisi ACC,
sesetengah peralatan seperti radio
akan beroperasi.
3 - Apabila enjin hidup, semua sistem
elektrik akan beroperasi.
4 - Apabila suis penghidup enjin
diletakkan pada posisi START,
motor penghidup enjin akan
beroperasi dan menghidupkan
enjin. Sebaik sahaja selepas enjin
dihidupkan, lepaskan anak kunci
dan ia akan kembali kepada posisi
ON secara automatik.
Cara untuk mematikan enjin dan
mencabut keluar kunci
DOIUW006R16003
1. Putarkan suis penghidup enjin ke
posisi ACC untuk mematikan enjin.
2. Apabila suis penghidup enjin
berada di posisi ACC, tekan anak
kunci ke dalam dan pusing ke posisi
LOCK. Keluarkan anak kunci.
Peringatan kunci tertinggal pada
suis penghidup enjin *
Apabila kunci berada di posisi LOCK atau
ACC dan pintu pemandu terbuka, anda
akan terdengar bunyi terputus-putus
daripada meter sebagai amaran
mencabut kunci keluar daripada suis
penghidup enjin.
* jika dipasang
90
Permulaan dan Pemanduan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.