EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Penyelenggaraan Peralatan

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
PERHATIAN
Gunakan bendalir brek DOT3 atau DOT4
sahaja.
Paras bendalir
Paras bendalir akan menurun sedikit
mengikut kehausan pelapik brek, Tetapi
ini bukanlah sesuatu yang tidak normal.
Sekiranya paras bendalir menurun
dengan ketara dalam masa yang singkat,
ini bermakna terdapat kebocoran pada
sistem cekam dan breknya. Hantar
kenderaan anda ke pusat servis sah
PROTON untuk pemeriksaan.
Bendalir brek adalah bersifat
hygroscopic. Terlalu banyak
kelembapan di dalam bendalir ini akan
memberi kesan yang tidak baik pada
sistem brek, langsung mengurangkan
prestasi brek. Tangki simpanan bendalir
dilengkapi dengan penutup khas bagi
mengelakkan udara masuk ke dalamnya.
Jangan membuka penutup ini, Dan
ketatkan penutup ini agar sebarang
bendasing tidak masuk ke dalam tangki
simpanan.
Paras bendalir diawasi dengan
menggunakan pelampung. Apabila
paras bendalir menurun ke bahagian
yang bertanda "MIN", lampu amaran
brek akan menyala.
Kebocoran bahan api, bendalir
penyejuk enjin, minyak enjin dan
gas ekzos
Lihat di bawah kenderaan anda
1. untuk memeriksa jika terdapat
sebarang tanda-tanda kebocoran
bahan api, bendalir penyejuk enjin,
minyak enjin dan gas ekzos.
2. Periksa jika terdapat
penyambungan yang longgar,
terkoyak, pecah atau tanda-tanda
lain yang boleh menyebabkan
berlaku kebocoran.
AMARAN
(1) Sekiranya anda mengesyaki
terdapat kebocoran atau
terhidu bau bahan api, elakkan
daripada menghidupkan enjin.
Hubungi pusat servis PROTON
anda yang terdekat untuk
pemeriksaan.
(2) Jaga keselamatan anda
sewaktu menyelenggara
berdekatan sistem minyak.
Sistem minyak adalah mudah
terbakar.
(3) Jangan merokok dan nyalakan
api yang boleh menyebabkan
percikan api berlaku
berdekatan sistem minyak.
Penyelenggaraan peralatan
OWN010MAINT16011
Operasi meter, penanda aras dan
lampu penunjuk/amaran
Hidupkan enjin untuk memeriksa semua
meter, penanda aras dan lampu
penunjuk / amaran.
Pengelap dan pencuci cermin
hadapan
Bilah pengelap cermin
Sebelum menggunakan bilah pengelap
cermin, periksa keadaan bilah pengelap
dan juga cermin. Bilah pengelap yang
baik adalah penting bagi mendapatkan
penglihatan yang jelas bagi pemanduan
yang selamat.
Jangan gunakan pengelap cermin
apabila permukaan cermin dalam
keadaan kering. Pengelap cermin akan
mudah rosak dan juga akan merosakkan
permukaan cermin kenderaan.
Untuk menggantikan bilah pengelap:
159
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents