Bendalir pencuci cermin
DOIUW010R16002
Sekiranya paras bendalir terlalu sedikit,
tambahkan bendalir ke dalam tangki
simpanan (D).
PERINGATAN
(1) Sentiasa gunakan air yang
bersih bagi mengelakkan
bahagian penyembur daripada
tersumbat.
Air yang kotor akan
menyebabkan tangki
tersumbat.
(2) Gunakan bendalir yang
mengandungi bahan anti-beku.
Bahan anti-beku di dalam
bendalir akan membuatkan
bendalir tidak membeku
terutama dalam musim sejuk.
PERHATIAN
Pengelap cermin hadapan dan belakang
menggunakan tangki simpanan yang
sama.
Operasi lampu luaran dan dalaman
Periksa semua lampu luar dan dalam
kenderaan. Pastikan semua lampu
menyala dengan sempurna sebelum
memulakan perjalanan.
Sekiranya terdapat lampu yang tidak
menyala, mungkin mentol atau fuse
lampu terbakar. Sekiranya tiada fius
yang terbakar, periksa mentolnya.
Rujuk bahagian “Untuk Waktu
Kecemasan” di dalam buku panduan ini
untuk mengetahui cara menukar fius
dan mentol yang terbakar.
Sekiranya masalah dikenalpasti, bawa
kenderaan ini ke pusat servis sah
PROTON untuk pemeriksaan.
Gerakan tuil brek meletak
kenderaan
DOIQW006R11002
Tarik tuil brek meletak kenderaan dari
bawah ke atas untuk memeriksa
bilangan bunyi “klik” yang dihasilkan
oleh bahagian mekanismanya. Satu
bunyi "klik" mewakili satu takik
pergerakan tuil ini. Tuil ini sepatutnya
bergerak melalui beberapa takik bagi
gerakan brek meletak kenderaan yang
normal.
Gerakan tuil brek meletak kenderaan;
1 - Brek jenis cakera : 6 ~ 8 takik
Sekiranya gerakan tuil meletak
kenderaan ini tidak mencapai spesifikasi,
dapatkan khidmat penyelarasan
daripada pusat servis sah Proton.
160
Penyelenggaraan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.