Sebelum penyelenggaraan
Sebelum penyelenggaraan, ikuti langkah
keselamatan seperti berikut.
AMARAN
(1) Apabila anda ingin memeriksa
atau menyelenggara sistem di
dalam bahagian enjin, pastikan
enjin kenderaan dimatikan.
Biarkan enjin menyejuk
terlebih dahulu.
(2) Sekiranya anda perlu
melakukan selenggara dalam
bahagian enjin tanpa enjin
dimatikan, pastikan
keselamatan pakaian dan
anggota badan anda. Jauhkan
diri anda daripada bahagian
yang berpusing seperti kipas
radiator dan tali sawat.
(3) Apabila enjin dimatikan, kipas
radiator boleh berpusing secara
automatik. Putarkan suis
penghidup enjin ke posisi
LOCK. Keluarkan kunci
daripada suis pencucuh untuk
keselamatan anda.
(4) Jangan merokok. Api yang
terbuka boleh mencetuskan
percikan api berdekatan
dengan minyak atau bateri.
Wapnya adalah mudah
terbakar.
(5) Berhati-hati apabila melakukan
penyelenggaraan berhampiran
bateri kenderaan. Ia adalah
beracun dan asid sulfur yang
menghakis.
(6) Jangan hidupkan atau biarkan
enjin hidup ketika kenderaan
ini berada di atas bicu. Sentiasa
gunakan bicu jenis automatif
atau lain-lain penyokong.
(7) Berhati-hati apabila anda
melakukan penyelenggaraan
komponen elektrik di dalam
kenderaan. Rujuk pada pusat
servis PROTON bagi
mendapatkan segala maklumat
yang diperlukan.
Penyelenggaraan dalam
ruang enjin OWN010MAINT19001
Pemeriksaan paras minyak enjin
Semua enjin menggunakan sejumlah
minyak yang tertentu semasa
pengendalian biasa dan penggunaan
minyak enjin amat dipengaruhi oleh
beban muatan. Periksa paras minyak
enjin secara berkala mengikut sebelum
perjalanan yang jauh dimulakan.
Cara untuk memeriksa paras minyak
enjin.
DOIKW010R03001
Pemeriksaan ini mestilah dilakukan
dengan enjin pada suhu operasi biasa,
tetapi enjin tidak dihidupkan.
1. Letakkan kenderaan di atas
permukaan yang rata,
2. Matikan enjin.
3. dan biarkan seketika bagi
membolehkan minyak enjin dalam
kitaran untuk kembali kepada
takungan minyak bagi memastikan
paras yang tepat.
4. Keluarkan batang penyukat dan lap
menggunakan kain yang bersih.
5. Masukkan batang penyukat
sehingga ke dasar.
6. Keluarkan batang penyukatnya dan
periksa paras minyaknya.
7. Paras minyak enjin hendaklah
berada dalam julat seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah.
154
Penyelenggaraan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.