(3) Sekiranya butang suis start/stop
enjin dibiarkan pada posisi :ACC
atau ON untuk satu masa yang
lama, kuasa bateri kenderaan ini
akan menjadi lemah.
AMARAN
●Jangan tekan butang suis
start/stop enjin apabila kenderaan
sedang bergerak. Ini boleh
menyebabkan kenderaan hilang
kawalan dan hilang fungsi brek
yang mana boleh mengakibatkan
kemalangan di jalan raya.
●Jangan gunakan butang suis
start/stop atau mana-mana
bahagian kawalan lain pada roda
stereng apabila kenderaan sedang
bergerak. Kehadiran tangan atau
lengan anda di kawasan berikut
boleh menyebabkan kenderaan di
luar kawalan, kemalangan dan
kecederaan serius atau kematian.
●Jangan letak sebarang objek yang
boleh bergerak di sekitar tempat
duduk pemandu kerana objek ini
akan bergerak semasa memandu,
mengganggu pemandu dan
mengakibatkan kemalangan.
Permulaan pemanduan
OWN006START19007
Cara untuk menghidupkan enjin
Rujuk pada arahan cara untuk
menghidupkan enjin pada muka surat
90.
Tip dan amaran am
1. Kenderaan ini dilengkapi dengan
sistem suntikan bahan api yang
dikawal secara elektronik. Apabila
enjin dihidupkan, jangan tekan
injak pemecut.
PERINGATAN
(1) Jangan menolak atau menunda
untuk menghidupkan enjin.
(2) Jangan kendalikan enjin pada
rpm yang tinggi atau
memandu kenderaan ini pada
kelajuan yang tinggi selagi
suhu enjin masih belum
mencapai suhu operasinya
yang betul.
2. Jangan hidupkan motor penghidup
enjin secara berterusan lebih
daripada 10 saat. Tindakan ini
boleh menyebabkan bateri menjadi
lemah.
Jika enjin tidak boleh dihidupkan,
putarkan suis penghidup enjin ke
posisi LOCK, tunggu beberapa saat
dan kemudian cuba hidupkannya
semula.
3. Sekiranya enjin tidak boleh
dihidupkan kerana baterinya lemah
atau langsung tiada kuasa, rujuk
tajuk "Menghidupkan enjin
sewaktu kecemasan" pada muka
surat 134 bagi panduan untuk
menghidupkan enjin.
4. Sentiasa pastikan suhu enjin telah
mencapai tahap optimum sebelum
mula memandu. Pengendalian
dengan suhu enjin yang betul akan
memanjangkan hayat enjin
kenderaan anda dan memastikan
kenderaan anda dikendalikan yang
dengan lancar.
5. Perhatikan bacaan suhu pada tolok
suhu bendalir penyejuk enjin pada
meter adalah betul untuk enjin
kenderaan ini.
Suhu optimum enjin untuk
pengendalian kenderaan ini adalah
6. Semasa suhu enjin meningkat,
penunjuk suhu bahan penyejuk
enjin akan mula bergerak (kelajuan
enjin akan berkurangan). Apabila
suhu enjin telah mencapai suhunya
yang betul, pandu kenderaan ini
secepat yang mungkin bagi
mengelakkan penggunaan bahan
api yang berlebihan.
94
Permulaan dan Pemanduan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.