pusat servis sah PROTON untuk
segara diperiksa.
Apabila cakera brek basah
Selepas hujan yang lebat, cakera brek
akan menjadi basah. Sementara
memandu pada kelajuan rendah setelah
enjin dihidupkan, tekan injak brek untuk
memastikan brek beroperasi dengan
betul.
Jika brek tidak beroperasi dengan baik,
tekan dan lepaskan brek dengan
perlahan semasa memandu. Ulangi
prosedur ini semula sehingga cakera
brek menjadi kering.
Apabila memandu menuruni bukit
Brek akan menjadi terlampau panas
apabila digunakan ketika memandu
menuruni bukit. Untuk mengurangkan
kelajuan, gunakan gear yang rendah.
Pelapik dan cakera brek
1. Apabila kenderaan anda dipasang
dengan pad brek atau cakera brek
yang baru, jangan membrek
dengan kuat untuk 200 kilometer
yang pertama ketika memandu.
2. Apabila pad brek mencapai had
penggunaannya, terdapat satu
peralatan pada cakera brek akan
menghasilkan bunyi yang kuat
apabila brek dikenakan. Apabila
bunyi kedengaran daripada cakera
brek ini, gantikan pad brek di pusat
servis sah PROTON.
AMARAN
(1) Jangan letakkan pelapik kaki
yang tebal atau sebarang objek
di sekitar injak brek. Objek ini
berkemungkinan boleh
menghalang injak brek
daripada ditekan sepenuhnya
jika perlu ketika kecemasan.
Pastikan injak brek boleh
sentiasa dikendalikan secara
bebas.
(2) Jangan letakkan kaki kiri pada
injak brek semasa memandu.
Tindakan ini boleh
menyebabkan anda membrek
dengan kuat secara tidak
sengaja. Pad brek akan menjadi
terlampau panas dan haus
dengan cepat.
Sistem Brek OWN006START19046
Electronic Braking Distribution (EBD)
EBD menyelaraskan daya membrek di
antara gandar hadapan dan gandar
belakang secara elektronik untuk
membantu mengurangkan jarak
membrek kenderaan.
Brake Assist (BA)
Apabila sistem mengesan brek secara
mengejut, BA meningkatkan tahap daya
membrek selepas injak brek ditekan.
Traction Control (TC)
Apabila kenderaan menambah kelajuan
di atas jalan yang basah, TC
mengekalkan kuasa pacuan dan
mengelakkan roda hadapan daripada
berpusing.
Sistem brek cegah-terkunci (ABS)
Apabila injak brek ditekan dengan kuat,
ABS mencegah roda daripada terkunci,
mengekalkan kestabilan pacuan ke
hadapan dan membantu daya membrek
yang mencukupi.
Apabila kenderaan dipandu di atas jalan
yang bersalji, berais atau berminyak dan
injak brek ditekan dengan kuat, daya
membrek lebihan akan menyebabkan
kenderaan tergelincir. Apabila
kenderaan tergelincir, daya membrek
akan berkurangan dan jarak membrek
kenderaan akan menjadi lebih jauh.
Tip-tip pemanduan
1. Apabila brek ditekan dengan
mengejut (ABS akan diaktifkan),
pengendalian stereng akan
berubah. Dalam keadaan ini,
102
Permulaan dan Pemanduan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.