bersihkan ruang enjin sekurang-
kurangnya setiap tiga bulan.
Penjagaan Bahagian Dalaman
Selepas anda membersihkan bahagian
dalam kenderaan dengan air atau sabun
pastikan kenderaan anda dikeringkan
di kawasan aliran udara yang baik.
PERHATIAN
Sentiasa baca arahan-arahan pada label
yang berkenaan dengan teliti.
Plastik, kulit vinil dan kain
1. Lap bersih dengan kain yang lembut
dibasahkan dengan bahan pencuci
neutral yang berasaskan air.
2. Letakkan kain pembersihan dalam
air bersih dan bilas.
Bahagian pelapik tempat duduk
1. Untuk mengekalkan nilai
kenderaan baru, sentiasa menjaga
kebersihan dalaman; sebagai
contoh bahagian upholsteri .
Gunakan pembersih hampagas dan
berus untuk membersihkan
bahagian tempat duduk.
Untuk membersihkan vinil dan kulit
sintetik, gunakan larutan
pembersihan yang betul dan kain
bersih; Gunakan larutan 3%
detergen neutral dalam suam-air.
2. Bersihkan pelapik lantai dengan
menggunakan pembersih
hampagas dan tanggalkan
sebarang kotoran dengan pencuci
pelapik lantai. Gunakan pembersih
permaidani untuk membersihkan
kain untuk menghilangkan minyak
dan gris.
Pelapik kulit tulen *
1. Lap bersih dengan kain yang
lembut dibasahkan dengan bahan
pencuci neutral yang berasaskan
air.
2. Cuci di bawah air dan bilas
sehingga bersih. Ulang sehingga
bersih.
3. Gunakan bahan pelindung pelapik
kulit pada permukaan pelapik kulit
yang tulen.
PERINGATAN
(1) Jika bahagian kulit tulen yang
basah, bersihkan dengan kain
yang kering dan lembut.
(2) Buang kotoran kecil dari kulit
tulen dengan menggunakan
cecair pembersih kulit.
(3) Jika anda menggilap bahagian
kulit dengan kuat dengan
menggunakan berus nilon atau
sintetik serat, permukaan
kulit0-tulen akan rosak.
(4) Larutan organik seperti
minyak, alkohol dan bahan
petrol, larutan asid atau
larutan alkali boleh
merosakkan warna permukaan
pelapik kulit tulen ini. Hanya
gunakan detergen neutral.
(5) Berhati-hati dengan
kotoran/kesan minyak yang
boleh menyebabkan
permukaan pelapik kulit tulen
ini menjadi berkulat. Bersihkan
kotoran untuk mengelakkan
kerosakan.
(6) Pendedahan yang sangat lama
di bawah cahaya matahari juga
boleh menyebabkan
permukaan kulit menjadi rosak.
(7) Produk Vinyl di kerusi kulit
juga mungkin merosot kerana
cuaca panas.
Panduan dan Amaran
Untuk Penyelenggaraan
OWN010MAINT16009
Untuk memastikan kenderaan anda
berada dalam keadaan baik, pastikan
anda mengikuti aturan servis yang telah
ditetapkan oleh PROTON.
Dalam topik penyelenggaraan, terdapat
cara dan kaedah menyelenggara yang
boleh dilakukan sendiri oleh pemilik
kenderaan. Sekiranya berlaku sebarang
masalah, dapatkan nasihat dan
kepakaran daripada pusat servis
PROTON untuk pemeriksaan lanjut.
* jika dipasang
153
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.