3. Letakkan muncung pengisi bahan
api ke dalam lubang tangki bahan
api sedalam yang boleh.
4. Sebaik sahaja pengisi bahan api
berhenti mengisi untuk pertama kali,
jangan sambung mengisi bahan api.
Keluarkan pengisi bahan api
daripada lubang tangki bahan api.
DOIUW006R16002
5. Pasang penutup tangki bahan api.
Pusingkan penutup ini ke kanan
sehingga ketat.
PERINGATAN
(1) Terdapat label yang bertanda
UNLEADED FUEL ONLY pada
penutup pintu tangki bahan
api kenderaan ini.
Kenderaan ini mempunyai tiub
pengisi bahan api yang boleh
terima muncung pengisi bahan
api bersaiz diameter kecil
sahaja. Jangan gunakan bahan
api petrol jenis berplumbum.
Petrol jenis berplumbum boleh
merosakkan sistem kawalan
emisi, mengurangkan prestasi
pecutan dan menambahkan
penggunaan bahan api.
(2) Jangan biarkan bahan api yang
tertumpah pada permukaan
luar kenderaan ini. Bahan api
boleh merosakkan cat badan
kenderaan.
GUNAKAN BAHAN API YANG
TIDAK BERPLUMBUM SAHAJA.
PERHATIAN
Kadang kala anda mungkin terdengar
bunyi geselan yang halus sewaktu
memecut atau mendaki bukit. Keadaan
ini adalah normal dan tidak perlu
dirisaukan memandangkan enjin petrol
moden sememangnya dilaraskan dengan
sedikit pencucuhan awal untuk prestasi
dan penggunaan bahan api yang
optima.
Pemanduan Dengan
Penggunaan Bahan Api
Yang Rendah OWN006START16024
Syarat penggunaan bahan api yang
rendah adalah enjin yang diselaraskan
dengan betul. Anda boleh
memanjangkan jangka hayat kenderaan
anda dan mendapatkan penggunaan
yang lebih ekonomi. Bawa kenderaan
anda ke pusat servis sah PROTON
mengikut jadual servis penyelenggaraan
yang disarankan.
Tahap penggunaan bahan api dan
penghasilan gas ekzos dan bunyi bising
adalah sangat berkait dengan cara
kenderaan ini dipandu. Rujuk amaran-
amaran di bawah untuk mengurangkan
kehausan brek, tayar dan enjin.
1.
Permulaan pemanduan
Jangan memecut dengan tiba-tiba.
Memecut dengan tiba-tiba boleh
menyebabkan penggunaan bahan
api lebih tinggi.
2.
Penukaran posisi gear
Hanya tukar posisi gear mengikut
kelajuan yang betul dan kelajuan
enjin. Sentiasa gunakan posisi gear
yang tinggi apabila memandu pada
kelajuan tinggi.
3.
Lalulintas di kawasan bandar
Memandu dalam keadaan di mana
kenderaan perlu kerap berhenti
meningkatkan kadar penggunaan
bahan api. Gunakan jalan raya yang
keadaan trafiknya lancar. Apabila
anda menggunakan jalan yang
sesak, jangan gunakan gear rendah
dengan kelajuan enjin yang tinggi.
4.
Enjin dihidupkan dengan
kenderaan dibiarkan dalam
keadaan statik
Kenderaan ini menggunakan bahan
api pada ketika kenderaan
dibiarkan dalam keadaan statik.
89
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.