Sistem akses tanpa
menggunakan kunci/suis
pada alat kawalan jauh *
OWN003LOCKS21026
DOIUW003R21001
Dengan alat kawalan jauh di dalam
lingkungan tertentu, sistem ini
membenarkan anda mengunci dan
membuka kunci pintu dan pintu bonet
belakang daripada luar kenderaan.
Dengan alat kawalan jauh di dalam
kenderaan, hidupkan enjin.
AMARAN
Pengendalian sistem akses tanpa
menggunakan kunci atau suis pada
alat kawalan jauh boleh memberi
kesan kepada perkara seperti
berikut:
(1) Gelombang radio yang
dihantar oleh alat kawalan
jauh boleh mendatangkan
kesan kepada peralatan
perubatan. Sesiapa yang
menggunakan alat sokongan
perubatan perlu merujuk pada
pembekal peralatan perubatan
untuk mendapatkan maklumat
tentang sebarang masalah
yang mungkin timbul.
(2) Gelombang radio yang
dihantar oleh alat kawalan
jauh boleh memberi kesan
kepada sistem navigasi dan
komunikasi pengangkutan
udara. Jangan kendalikan alat
kawalan jauh apabila anda
berada di dalam kapal terbang.
Semasa penerbangan, pastikan
anda tidak tertekan butang
pada alat kawalan jauh.
PERINGATAN
(1) Anda perlu sentiasa membawa
alat kawalan jauh ini bersama
dengan anda.
(2) Pastikan alat kawalan jauh ada
bersama dengan anda dan
kunci sebelum meninggalkan
kenderaan ini.
Lingkungan jarak sistem akses
tanpa menggunakan kunci atau suis
pada alat kawalan jauh
Lingkungan jarak untuk kunci atau
membuka kunci pintu dan membuka
pintu bonet belakang adalah seperti
berikut:
DOIRW003R19001
Lingkungan jaraknya adalah dalam
lingkungan 1.2 – 1.5 meter daripada
pemegang pintu pemandu dan dalam
lingkungan 1 meter daripada bahagian
tengah suis bonet belakang.
AMARAN
Jika alat kawalan jauh berasa dalam
lingkungan yang dinyatakan,
sesiapa sahaja boleh
mengendalikan suis pada pintu dan
suis pada bonet belakang. Sesiapa
sahaja boleh kunci atau membuka
kunci pintu dan membuka pintu
* jika dipasang
34
Mengunci dan Membuka Kunci
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.