EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Penyelenggaraan Tayar

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Longgar bebas injak brek
DOIAW010R3015
Matikan enjin; tekan injak brek
beberapa kali dan tekan injak ke bawah
dengan jari anda sehingga anda
merasakan permulaan rintangan.
Jarak ini seharusnya berada dalam julat
yang ditentukan.
1 - Gerakan bebas injak brek : 3 ~ 8
mm
Sekiranya gerakan bebas injak brek ini
tidak berada dalam julat spesifikasi ini,
dapatkan khidmat penyelarasan di pusat
servis sah PROTON.
Longgar bebas injak cekam *
DOIAW010R3015
Tekan injak cekam ke bawah dengan
jari anda sehingga anda merasakan
permulaan rintangan.
Jarak ini seharusnya berada dalam julat
yang ditentukan.
1 - Gerakan bebas injak cekam : 6 ~ 13
mm
Sekiranya gerakan bebas injak cekam
ini tidak berada dalam julat spesifikasi
ini, dapatkan khidmat penyelarasan di
pusat servis sah PROTON.
Pengalih udara
Pengalih udara yang terletak idi
hadapan cermin hadapan perlu
dibersihkan dari masa ke semasa bagi
memastikan operasi sistem pengudaraan
tidak terjejas.
Pelinciran engsel dan selak
Periksa semua engsel dan selak.
Gunakan bahan pelincir jika perlu
dengan cara membersihkannya dan
kemudian letakkan gris serbaguna
kepadanya.
Getah penebat
Sapu gris silikon ke atas getah penebat
pada pintu atau penutup bonet depan
dan belakang, Gris silikon ini akan
mencegah getah penebat dari menjadi
keras.
Penyelenggaraan tayar
OWN010MAINT21001
Untuk mengendalikan kenderaan anda
dengan selamat, tayar kenderaan anda
perlu terdiri daripada jenis dan saiz yang
betul, berada dalam keadaan baik
dengan bunga tayar yang cukup dan
diisi angin dengan betul.
Topik ini terdapat maklumat untuk
memeriksa tayar dan memastikan
keadaan tayar.
Periksa secara pemerhatian
Periksa jika terdapat kesan koyak, atau
kerosakan lain yang disebabkan oleh
benda tajam atau batu kecil.
* jika dipasang
161
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents