EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Menghidupkan Enjin Semasa Kecemasan

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Apabila trak penunda menunda
kenderaan anda, angkat bahagian
hadapan kenderaan ini supaya bahagian
roda tayar hadapan diangkat tinggi
daripada permukaan jalan.
PERINGATAN
(1) Sekiranya transmisi tidak
berfungsi atau rosak, tunda
kenderaan ini dengan tayar
hadapan diangkat tinggi
daripada permukaan jalan.
Guna jenis tunda C, D atau E
sahaja.
(2) Jangan tunda kenderaan yang
bertransmisi AT atau CVT
dengan roda tayar pacuannya
di atas permukaan jalan (Jenis
B) seperti yang ditunjukkan di
dalam gambarajah. Pastikan
bahagian roda hadapan
kenderaan yang ditunda
diangkat tinggi dari
permukaan jalan.
(3) Jangan tunda kenderaan anda
dengan menggunakan
peralatan jenis bertali (jenis A)
seperti dalam gambarajah.
Penggunaan tali pengangkat
akan merosakkan bamper
bahagian hadapan.
(4) Apabila kenderaan ini
menuruni cerun yang panjang
jaraknya, brek mungkin akan
menjadi terlampau panas lalu
gagal untuk menahan. Tunda
kenderaan dengan trak
penunda jenis D atau E untuk
keadaan berikut.
(5) Sekiranya roda belakang tidak
berfungsi dengan baik,
gunakan trak penunda jenis D
atau E.
(6) Bagi mengelakkan gas ekzos
kenderaan penunda memasuki
kenderaan anda, tetapkan
tombol pemilihan kitaran
udara kepada posisi udara di
dalam ruang penumpang
dikitar semula.
(7) Untuk kenderaan yang
dilengkapi sistem Electronic
Stability Control (ESC) ,
pastikan anda mematikan enjin
sebelum kenderaan anda
ditunda. Sekiranya enjin tidak
dimatikan, sistem ESC mungkin
akan berfungsi dan boleh
menyebabkan berlakunya
kemalangan.
(8) Jangan sesekali menunda
kenderaan bertransmisi AT
atau CVT dengan roda
belakang lebih tinggi (roda
hadapan atas permukaan jalan)
apabila paras bendalir CVT
adalah rendah. Ini boleh
mengakibatkan kerosakan
yang serius.
Menghidupkan enjin
semasa kecemasan
OWN009EMERG16019
Sekiranya enjin tidak dapat dihidupkan
kerana baterinya lemah atau habis,
bateri dari kenderaan lain boleh
digunakan untuk menghidupkan enjin
kenderaan anda melalui kabel bantuan.
Kabel bantuan
1. Gunakan kabel bantuan yang betul
yang boleh menampung kapasiti
aliran elektrik sewaktu
menghidupkan enjin secara
kecemasan, kabel bantuan yang
salah boleh menyebabkan
kerosakan kepada kabel. Periksa
maklumat kabel bantuan.
2. Gunakan kabel bantuan yang
mempunyai penebat pada pengapit
bateri.
3. Kebiasaannya penebat positif (+)
pada pengapit kabel bantuan
berwarna merah. Manakala,
penebat negatif (-) pada pengapit
kabel bantuan berwarna hitam.
Siapkan peralatan untuk menghidupkan
enjin dengan kabel bantuan.
134
Untuk Waktu Kecemasan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents