EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 311

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Letakkan kedua-dua kenderaan
berdekatan supaya kabel bantuan boleh
dicapai . Pastikan keselamatan sebelum
melakukan penyambungan.
PERINGATAN
(1) Pastikan kedua-dua kenderaan
tidak bersentuhan bagi
mengelakkan aliran
sambungan bumi yang tidak
diingini. Dalam keadaan ini,
enjin kenderaan tidak dapat
dihidupkan dan sambungan
bumi yang tidak baik boleh
merosakkan sistem elektrikal
kenderaan.
(2) Periksa voltan bateri (booster
bateri) kenderaan lain; Bateri
booster mesti mempunyai
kadar voltan 12 volt dan
keupayaan (Ah) mesti lebih
daripada bateri yang lemah.
(3) Jika bateri penggalak
menggunakan sistem yang
berbeza, litar pintas boleh
merosakkan dua kenderaan
semasa proses menghidupkan
enjin.
(4) Periksa kabel bantuan untuk
melihat sebarang kerosakan
dan hakisan sebelum
menggunakan.
(5) Tarik tuil meletak kenderaan
bagi kedua-dua kenderaan.
AMARAN
(1) Letakkan tuil gear di
kedudukan "P" (PARK) bagi
kenderaan bertransmisi CVT
dan kedudukan "N (NEUTRAL)
bagi kenderaan bertransmisi
manual
(2) Putarkan suis penghidup enjin
ke posisi LOCK. Pastikan kabel
bantuan atau pakaian anda
tidak tersangkut dengan kipas
radiator, tali sawat atau
bahagian yang berputar dalam
ruang enjin kenderaan ini.
Kecederaan boleh berlaku.
(3) Padamkan semua lampu,
pemanas dan peralatan elektrik
yang lain. Ini bagi
mengelakkan percikan api dan
bagi melindungi kedua-dua
bateri.
(4) Buka penutup bateri terminal
positif (+) sebelum anda
menyambung kabel bantuan.
Sambungkan kabel bantuan.
DOIKW009R07016
Gambarajah di atas menunjukkan
urutan sambungan mengikut turutan
daripada (1), (2), 3) dan (4).
1. Sambungkan hujung kabel bantuan
yang berwarna merah ke terminal
positif (+) bateri yang lemah.
2. Sambungkan bahagian hujung kabel
yang sama kepada terminal positif (
+ ) di atas bateri sokongan itu.
3. Sambungkan hujung kabel bantuan
yang berwarna hitam ke terminal
negatif (-) di atas bateri sokongan
itu.
4. Sambungkan hujung warna hitam
yang lagi satu kepada penyangkut
enjin kenderaan bateri yang lemah.
Sambungan (4) adalah ke bumi.
PERINGATAN
Pastikan anda mengikut
turutan cara
135
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents