EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 312

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
penyambungannya daripada
(1), kemudian (2), kemudian (3)
dan kemudian (4).
Jangan sambungkan
sambungan (4) ke terminal
negatif (-) bateri. Gas yang
mudah terbakar yang
disebabkan oleh bateri
mungkin boleh menyebabkan
kebakaran dan letupan.
Pastikan penyambungan yang
ke (4) dilakukan pada enjin
dengan betul.
Apabila membuat
penyambungan menggunakan
kabel bantuan, jangan
sambungkan kabel positif (+)
pada terminal negatif (-) bateri.
Jikalau tidak, percikan api
boleh menyebabkan letupan
bateri.
Jangan sepit kabel bantuan
bahagian negatif (hitam) pada
bahagian saluran bahan api
yang bersalut besi atau
penapis bahan api ataupun
pada saluran bendalir brek, ini
boleh menyebabkan
kebakaran.
Berhati-hati agar kabel
bantuan tidak tersangkut pada
kipas pendingin atau sebarang
bahagian yang berputar di
dalam ruang enjin kenderaan
ini.
Mula menghidupkan enjin
menggunakan kabel bantuan
Selepas kabel bantuan di pasang,
mulakan proses menghidupkan enjin.
Ikuti prosedur berikut:
1. Hidupkan enjin kenderaan yang
baterinya dalam keadaan baik.
2. Biarkan enjin dalam keadaan hidup
untuk beberapa minit
3. Kemudian, hidupkan enjin
kenderaan yang baterinya
lemah/habis.
4. Selepas enjin ini dihidupkan,
tanggalkan kabel mengikut turutan
yang berlawanan. Selepas enjin
dihidupkan, tanggalkan kabel
mengikut turutan yang berlawanan.
Menghidupkan enjin semasa
kecemasan
Baca peringatan ini selepas
menghidupkan enjin bagi kenderaan
yang baterinya lemah/habis.
1. Apabila anda membiarkan enjin
untuk mengecas bateri lemah yang
dipasang, bateri yang lemah boleh
menyebabkan kebakaran dan
letupan kepada kenderaan.
Sekiranya perlu membiarkan enjin
mengecas bateri yang lemah,
putuskan sambungan negatif (-)
terminal yang disambungkan
kepada bateri.
2. Apabila anda mengecas bateri yang
lemah, jauhkan nyalaan api rokok
atau apa-apa percikan api daripada
bateri yang lemah, kerana ini boleh
mencetuskan letupan.
3. Apabila mengecas bateri yang
lemah dalam ruang yang tertutup,
pastikan ada ruang udara yang
mencukupi.
4. Tanggalkan semua penutup bateri
sebelum mengecas bateri.
5. Elektrolit bateri, asid bateri, adalah
bahan asid sulfurik campuran yang
menghakis. Jika tangan, mata,
pakaian dan permukaan dicat
kenderaan anda terdedah dengan
elektrolit ini (asid bateri), bersihkan
dengan air. Jika elektrolit terkena
mata, siram dengan air dan
dapatkan rawatan perubatan
dengan segera.
6. Sentiasa memakai pelindung mata
apabila mengendalikan kerja
berhampiran dengan bateri.
7. Jangan cuba untuk menarik atau
menolak kenderaan itu untuk
menghidupkan enjin; ini boleh
merosakkan kenderaan.
PERHATIAN
Jika kenderaan mempunyai sistem
brek anti-kunci dan bateri tidak
dicas sepenuhnya, jangan
memandu kenderaan ini. Keadaan
136
Untuk Waktu Kecemasan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents