Lampu (B) butang suis start/stop TIADA
NYALAAN semasa mod OFF.
Untuk mematikan sistem enjin dan
sistem sepenuhnya;
Tekan suis enjin start/stop sekali
sementara tuil penukar gear berada
pada posisi P (Park). Sekiranya tuil
penukar gear tidak berada di posisi "P"
(R,N,D,S), tekan butang ‘lock’ pada alat
kawalan jauh untuk mematikan sistem
kenderaan ini sepenuhnya.
PERHATIAN
Di dalam kes di mana pintu pemandu
dibuka dan buzzer berbunyi secara
berterusan, ini adalah untuk
mengingatkan pemandu agar menekan
butang suis start/stop enjin sekali lagi.
Buzzer akan dimatikan sebaik sahaja
sistem dimatikan sepenuhnya.
PERINGATAN
MENGHENTIKAN ENJIN SEWAKTU
KECEMASAN Anda boleh
mematikan enjin yang hidup atau
kuasa kenderaan (ON) hanya ketika
kenderaan ini tidak bergerak. Dalam
situasi kecemasan semasa
kenderaan sedang bergerak, anda
boleh mematikan enjin dan beralih
ke posisi "ACC" dengan cara
menekan butang suis start/stop
enjin dalam jangka masa lebih
daripada 5 saat atau menekan
butang suis yang sama sebanyak 5
kali berturut-turut.
ACC (Accessory)
Lampu (B) butang suis start/stop enjin
akan bertukar menjadi berwarna
KUNING semasa mod "ACC".
Tekan butang suis start/stop enjin
semasa sistem pada posisi "OFF" tanpa
menekan injak brek.
Semasa mod "ACC", aksesori elektrik
akan beroperasi.
Jangan tinggalkan butang suis start/stop
enjin pada posisi "ACC" untuk satu
jangka masa yang lama. Kuasa bateri
kenderaan ini boleh menjadi lemah
akibat enjin tidak beroperasi.
ON
Lampu (B) butang suis start/stop enjin
akan bertukar menjadi berwarna
KUNING semasa mod "ON".
Tekan butang suis start/stop enjin
semasa sistem pada posisi ACC tanpa
menekan injak brek.
Tuil penukar gear boleh digunakan.
Lampu amaran pada meter boleh
diperiksa sebelum enjin dihidupkan.
Jangan tinggalkan butang suis start/stop
enjin pada posisi "ACC" untuk satu
jangka masa yang lama. Kuasa bateri
kenderaan ini boleh menjadi lemah
akibat enjin tidak beroperasi.
START/RUN
Untuk menghidupkan enjin, tekan injak
brek dan tekan butang suis start/stop
enjin dengan tuil penukar gear
diletakkan pada posisi "P" (Park).
Demi keselamatan anda, hidupkan enjin
kenderaan anda dengan tuil penukar
gear di posisi P (Park).
Lampu (B) butang suis start/stop enjin
akan bertukar menjadi warna HIJAU
untuk menunjukkan yang enjin sediap
sedia untuk dihidupkan Setiap kali enjin
dihidupkan, lampu butang suis start/stop
enjin bertukar menajdi TIADA
NYALAAN.
PERHATIAN
(1) Sekiranya anda menekan butang
suis start/stop enjin tanpa menekan
injak brek semasa tuil penukar gear
berada di posisi "P".(Park), enjin
tidak akan dihidupkan dan
bertukar dengan berikut:
OFF→ACC→ON→OFF
(2) Jika butang start stop ditekan
tanpa menekan injak brek ketika
tuil penukar gear pada posisi N, R
atau D, enjin tidak akan dihidupkan
dan sistem kekal dalam mod ACC.
93
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.