2. Tanggalkan kabel terminal bateri
pada terminal (+) positif bateri.
3. Selepas menanggalkan kabel bateri,
bersihkan terminal bateri dengan
air suam.
4. Pasangkan kabel terminal bateri
pada terminal (+) positif bateri.
5. Pasangkan kabel terminal bateri
pada terminal (-) negatif bateri.
6. Pastikan setiap terminal bateri dan
kabel bateri dipasang dengan
kemas.
7. Selepas memasangkan kabel bateri,
sapukan terminal bateri dengan
gris.
8. Pastikan bateri dipasang dengan
kemas dan tidak mudah bergerak
semasa kenderaan ini bergerak.
9. Jika kenderaan ini dilengkapi
dengan sistem stereng berkuasa
elektrik, tetapkan semula tetapan
stereng kenderaan ini. Rujuk pada
“Cara untuk menetapkan semula
tetapan stereng” untuk lampu
amaran EPS dalam topik “Lampu
penunjuk dan amaran”.
PERHATIAN
Jangan tanggalkan label di atas bateri.
Jika label ini rosak, jaminan kenderaan
ini boleh terbatal.
AMARAN
(1) Apabila melakukan kerja
berdekatan dengan bateri
kenderaan, sentiasa memakai
pelindung mata keselamatan.
(2) Elektrolit bateri adalah bersifat
menghakis. Jangan biarkan
bateri tersentuh dengan mata,
kulit, pakaian anda atau
permukaan bercat kenderaan
ini. Segera bilas tumpahan
elektrolit dengan
menggunakan air.
(3) Sentiasa patuh pada prosedur
cara untuk menanggalkan dan
memasang kabel bateri.
(4) Jangan tanggalkan bateri
ketika enjin sedang hidup.
Komponen elektrik boleh
menjadi rosak.
(5) Jangan tanggalkan bateri
dengan suis penghidup enjin
pada posisi ON.
(6) Jangan menyebabkan litar
pintas pada bateri.
(7) Bateri berfungsi dengan baik
jika kandungan elektrolit
adalah sangat bersih. Sebarang
pencemaran pada elektrolit
akan mengurangkan prestasi
bateri.
(8) Jangan merokok atau
menghidupkan api berdekatan
dengan bateri.
(9) Gunakan ruang yang cukup
apabila mengecas atau
menggunakan bateri di dalam
kawasan yang tertutup.
(10) Apabila mengecas bateri,
tanggalkan kabel bateri.
(11) Sentiasa tanggalkan terminal
negatif (-) terlebih dahulu.
Pemeriksaan bendalir brek dan
cekam
Periksa paras bendalir brek dan cekam
di dalam tangki simpanannya.
DOIQW010R11001
Periksa sistem brek dan cekam jika
terdapat sebarang kebocoran.
Paras bendalir mestilah berada di antara
bahagian yang bertanda “MAX” dan
tanda “MIN” pada tangki simpanannya.
158
Penyelenggaraan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.