EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 225

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
PERINGATAN
(1) Satu tali pinggang adalah
khusus untuk seorang pemakai
sahaja.
(2) Jangan alihkan bahagian tali
pinggang keledar yang
melekap pada bahagian bahu
anda ke bawah lengan anda
atau ke posisi yang tidak
sepatutnya.
(3) Selaraskan tali pinggang
keledar di bahagian peha
serendah yang boleh melintasi
bahagian peha anda.
(4) Jangan gunakan tali pinggang
yang berpintal-pintal.
(5) Selaraskan penyandar
belakang tempat duduk anda
ke posisi menegak dengan
betul. Jika penyandar belakang
tempat duduk berada pada
posisi condong, anda boleh
menggelongsor keluar
daripada tali pinggang keledar
dan menyebabkan kecederaan.
Tali pinggang keledar jenis 3-poin
(dengan mekanisma kunci ketika
kecemasan).
Kenderaan ini dilengkapi dengan tali
pinggang keledar jenis 3 - mata dengan
mekanisma penyentap kunci kecemasan.
Tali pinggang keledar akan
menyelaraskan panjang talinya
mengikut gerakan tubuh badan
seseorang.
Semasa pemanduan biasa, penyentap
tali pinggang membenarkan anda
bergerak bebas di tempat duduk anda
sementara memberi sedikit tegangan
pada tali pinggang keledar.
Semasa berlakunya pelanggaran atau
berhenti secara mengejut, secara
automatik, tali pinggang keledar
terkunci untuk menahan tubuh badan
anda.
Cara memasang tali pinggang keledar
DOIQW004R12020
1. Tarik tali pinggang keledar dengan
perlahan-lahan sambil memegang
plat.
2. Pegang plat tali pinggang keledar.
3. Pegang bahagian plat tali
pinggang, masukkan plat ini ke
dalam kancingnya sehingga bunyi
"klik" kedengaran.
PERHATIAN
Semasa anda menarik tali pinggang
keledar, ia mungkin akan terkunci. Tarik
dengan perlahan-lahan dan lepaskan.
Tarik tali pinggang keledar dengan
perlahan-lahan semula. Masukkan plat
tali pinggang ke dalam kancingnya
sehingga bunyi "klik" kedengaran.
49
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents