AMARAN
(1) Hanya gunakan sistem
perlindungan kanak-kanak
dengan pengawasan orang
dewasa di dalam kenderaan.
JANGAN TINGGALKAN ANAK
ANDA BERSENDIRIAN TANPA
PENGAWASAN DEWASA DI
DALAM KENDERAAN.
(2) Jangan letak penumpang
kanak-kanak dalam pelukan
anda. Gunakan tempat duduk
perlindungan kanak-kanak
yang betul.
(3) Seorang penumpang dewasa
perlu mengawasi dan duduk
bersama-sama penumpang
kanak-kanak ini di tempat
duduk belakang, jika boleh.
(4) Setiap tempat duduk
perlindungan kanak-kanak
hanya untuk kegunaan
seorang penumpang kanak-
kanak sahaja.
(5) Kenderaan anda mungkin
mempunyai beg udara yang
aktif pada panel instrumen;
Jangan pasang tempat duduk
perlindungan kanak-kanak
menghadap belakang di
tempat duduk penumpang
hadapan.
(6) Gunakan tempat duduk
perlindungan kanak-kanak
jenis pandang ke belakang di
tempat duduk belakang sahaja.
(7) Jika perlu, jangan pasangkan
tempat duduk perlindungan
kanak-kanak di tempat duduk
penumpang hadapan. Jika
sistem perlindungan kanak-
kanak menghadap hadapan
dipasang di tempat duduk
penumpang hadapan, tetapkan
pelaras tempat duduk
penumpang hadapan ke
kedudukan paling belakang.
Bayi dan kanak-kanak kecil
DOIQW004R11019
Bagi penumpang bayi, gunakan sistem
perlindungan kanak-kanak jenis mudah
bawa yang sesuai untuk bayi.
Tali pinggang keledar kenderaan tidak
sesuai digunakan pada kanak-kanak
kecil kerana ia akan melitupi bahagian
muka atau leher mereka. Gunakan
sistem perlindungan kanak-kanak yang
sesuai untuk kanak-kanak kecil anda.
Pastikan sistem perlindungan kanak-
kanak dipasang dengan betul di dalam
kenderaan sebelum digunakan. Sila
pasangkannya mengikut spesifikasi
panduan pemasangan sistem
perlindungan kanak-kanak tersebut.
Apabila anda memasang tempat duduk
perlindungan kanak-kanak, rujuk pada
buku panduan yang didatangkan sekali
dengan tempat duduk perlindungan
kanak-kanak tersebut.
PERHATIAN
PROTON mengesyorkan ujian kesesuaian
ke atas mana-mana sistem perlindungan
kanak-kanak dengan kenderaan anda
sebelum membelinya. Sesetengah sistem
perlindungan kanak-kanak mungkin
tidak sesuai dengan reka bentuk
kenderaan.
Penumpang kanak-kanak bersaiz besar
DOIQW004R11020
Penumpang kanak-kanak yang lebih
besar disyorkan untuk duduk di tempat
duduk belakang dan menggunakan
sistem perlindungan kanak-kanak jenis
‘booster’ bersama-sama dengan tali
pinggang keledar kenderaan.
52
Keselamatan Penumpang
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.