Amaran paras bahan api rendah
Penunjuk amaran paras bahan api rendah akan
dinyalakan dengan warna jingga bagi
menunjukkan paras bahan api di dalam tangki
bahan api adalah rendah. Isikan bahan api ke
dalam tangki bahan api kenderaan anda.
Penunjuk ESC *
(1) Paparan penunjuk ESC diaktifkan: Apabila
ESC diaktifkan, penunjuk ini akan dinyalakan.
(2) Paparan amaran ESC gagal berfungsi: Jika
terdapat masalah pada fungsi ESC, amaran ini
akan dinyalakan.
Apabila penunjuk amaran kegagalan ESC kekal
menyala,
1. Matikan suis penghidup enjin.
2. Selepas beberapa saat, hidupkan enjin.
PERHATIAN
Jika penunjuk amaran kegagalan ESC kekal
menyala, bawa kenderaan ini ke pusat servis
sah PROTON untuk pemeriksaan.
Amaran ABS
Jika terdapat masalah pada fungsi ABS, lampu
amaran ini akan menyala.
Paparan amaran ESC dimatikan *
Amaran ini dinyalakan untuk menunjukkan
fungsi ESC telah dimatikan.
Amaran suhu bendalir penyejuk enjin
Amaran ini dinyalakan jika enjin terlalu panas
(suhu bendalir penyejuk enjin melebihi 113 °C
(235.4 °F))
Penunjuk auto cruise siap sedia/aktif *
Penunjuk ini menyala berwarna kuning
menunjukkan bahawa fungsi cruise automatik
berada dalam mod siap sedia. Penunjuk ini
menyala berwarna hijau menunjukkan bahawa
fungsi cruise automatik berada dalam mod
aktif.
Penunjuk ECO
Kenderaan ini dilengkapi dengan penunjuk
ECO yang dinyalakan apabila kenderaan ini
dipandu dengan penggunaan bahan api yang
efisien.
* jika dipasang
77
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.