EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 280

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
normal. Apabila fungsi anti-cegah
terkunci diaktifkan, beberapa
denyutan dapat dirasai pada injak
brek dan bunyi nyaring akan
terhasil. Ini menunjukkan sistem ini
berfungsi dengan baik.
(2) Setelah enjin dihidupkan dan
kenderaan mula bergerak, akan
terdengar bunyi daripada motor
dari dalam ruang enjin. Apabila
injak brek ditekan, akan berlaku
gegaran dengan tiba-tiba. Bunyi
dan gegaran ini adalah disebabkan
operasi diagnosis tersendiri ABS dan
ini tidak bermaksud kegagalan
fungsi.
(3) ABS tidak berfungsi pada kelajuan
yang rendah (lebih kurang 10 km/j
atau rendah) dan sistem brek
beroperasi hanya sebagai sistem
brek yang normal.
(4) Selepas memandu kenderaan ini di
atas jalan yang kotor, bersihkan
semua habuk atau lumpur daripada
kawasan roda. Apabila
membersihkan roda kenderaan
yang dilengkapi dengan ABS,
jangan rosakkan sensor kelajuan
roda dan kabel pada setiap roda.
Kawalan Kestabilan Elektronik
(ESC) *
Sistem ESC memberikan kestabilan
kawalan kepada kenderaan apabila
membuat pusingan di selekoh. ESC
memeriksa arah ke mana kenderaan
dikemudi dan menstabilkan kawalan
stereng. ESC mengenakan brek ke atas
setiap roda dan menstabilkan
kenderaan.
AMARAN
Jangan memandu terlalu laju atau
membelok dengan mengejut di
selekoh. Sistem ESC tidak dapat
mengelakkan kemalangan.
Tindakan memandu terlalu laju,
membelok dengan mengejut dan
memandu di atas jalan di mana air
bertakung boleh menyebabkan
kemalangan. Hanya pemandu yang
memandu dengan selamat dan
berhati-hati boleh mengelakkan
kemalangan. Jangan membelok
dengan mengejut yang boleh
menyebabkan kenderaan ini hilang
kawalan. Sentiasa ikuti langkah
berjaga-jaga ketika memandu.
Pandu mengikut had laju yang
dibenarkan sepanjang masa.
Sistem ESC adalah sistem elektronik yang
membantu pemandu dalam mengawal
kenderaan ini ketika keadaan yang tidak
diingini. ESC bukannya pengganti bagi
amalan pemanduan berhemah. Kelajuan
kenderaan, keadaan jalan raya dan
input daripada pengemudian pemandu
adalah faktor yang memberi kesan
kepada prestasi operasi ESC. Pemandu
bertanggungjawab sepenuhnya untuk
memandu dan membelok di selekoh
dengan kelajuan yang betul dan
selamat.
Apabila brek dikenakan dan roda
terkunci, bunyi nyaring akan
kedengaran daripada brek atau
beberapa denyutan pada injak brek
boleh dirasai. Keadaan ini adalah normal
dan menunjukkan sistem ESC berfungsi.
Apabila ESC beroperasi
1. Lampu penunjuk ESC berkelip.
2. Beberapa denyutan akan dirasai
apabila injak brek ditekan.
3. Cubaan untuk keluar daripada
lumpur atau jalan yang basah
apabila injak memecut ditekan
tidak akan meningkatkan kelajuan
rpm enjin (revolutions per minute).
Untuk mematikan sistem ESC
Tekan butang ESC OFF lebih daripada 3
saat untuk mematikan fungsi ESC.
Operasi ESC dimatikan
1. Apabila ESC tidak diaktifkan dan
kelajuan kenderaan melebihi 150
km/j, sistem ESC akan diaktifkan
secara automatik.
* jika dipasang
104
Permulaan dan Pemanduan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents