menekan injak brek dan
menggerakkan tuil penukar
gear daripada posisi “P” (Park).
PERHATIAN
(1) Pastikan anda menggerakkan tuil
penukar gear ke posisi gear yang
betul. Periksa paparan posisi gear
anda pada meter apabila anda
menggerakkan tuil penukar gear.
Biarkan sementara pada posisi gear
yang dipilih sebelum anda bertukar
ke posisi gear yang seterusnya.
(2) Sekiranya injak brek tidak ditekan
dan dikekalkan, mekanisma shift-
lock akan diaktifkan bagi
mengelakkan tuil penukar gear
digerakkan keluar daripada posisi
"P" (PARK).
Posisi tuil penukar gear
"P" (PARK)
Gunakan posisi gear P (Park) apabila
anda meletakkan kenderaan anda.
Dalam posisi “P” (Park), gear mengunci
shaf transmisi. Mekanisma ini
menyebabkan kenderaan tidak boleh
bergerak ke belakang atau ke hadapan.
AMARAN
Gunakan brek meletak kenderaan
apabila anda berhenti dan
meletakkan kenderaan anda untuk
mengelakkan kenderaan bergerak
ke belakang atau ke hadapan.
Kami menyarankan anda menghidupkan
enjin pada posisi “P” (Park).
“R” (REVERSE)
Apabila anda menukarkan tuil penukar
gear ke posisi “R” (Reverse), anda boleh
memandu kenderaan ini dalam keadaan
mengundur. Semasa mengundur, lampu
amaran mengundur akan menyala
secara automatik.
“N” (NEUTRAL)
Apabila anda menukar tuil penukar gear
ke posisi “N” (Neutral), transmisi akan
bebas cekam. Gunakan posisi gear ini
apabila kenderaan berhenti untuk satu
jangkamasa yang lama semasa
memandu seperti apabila berada di
dalam kesesakan lalulintas..
PERINGATAN
Apabila kenderaan sedang
bergerak, jangan tukar tuil penukar
gear ke posisi “P” (Park) atau “R”
(Reverse) bagi mengelakkan
kerosakan transmisi.
AMARAN
(1) Ketika enjin hidup, jangan
letakkan tuil penukar gear
pada posisi N (Neutral). Anda
boleh tertukar tuil penukar
gear ke posisi “P” (Park” atau
“R” (Reverse) dan
menyebabkan brek enjin
dinyahaktifkan. Tindakan ini
boleh menyebabkan
kemalangan.
(2) Pada keadaan cerun, kami
menyarankan anda
menghidupkan enjin pada
posisi “P” (Park). Jangan
hidupkan enjin dalam keadaan
gear pada posisi “N” (Neutral).
(3) Tekan injak brek apabila anda
menukar tuil penukar gear ke
atau dari posisi “N” (Neutral)
dan “P” (Park).
“D” (DRIVE)
Apabila anda menukar tuil penukar gear
ke posisi “D” (Drive), kenderaan ini akan
dipandu ke arah hadapan.
PERINGATAN
Apabila kenderaan sedang
bergerak, jangan tukar tuil penukar
gear dari posisi “R” (Reverse) ke
posisi “D” (Drive) bagi mengelakkan
kerosakan transmisi.
“S” (SPORT)
Dalam mod posisi gear "S", transmisi
dikekalkan pada nisbah gear rendah
96
Permulaan dan Pemanduan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.